Wedding is a journey of a lifetime..

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini, ribuan terima kasih atas perhatian dan masa anda. Semoga apa yang terpapar di halaman ini dapat memberi manfaat dan panduan kepada kita semua. LOL"

Saturday, September 28, 2013

Pakej Studio foto yang sediakan semua termasuk baju & mekap

Hari ni dapat info dari seorang customer yang baru sahaja booking pakej studio foto kami. Katanya susah nak cari studio foto yang sediakan semua termasuk baju dan mekap dalam satu pakej. Mujur deorang jumpa website ni. Untuk Aishah dan Sufian, thanks for your info. Kami akan highlight more on apa yang kami offer termasuk baju dan profesional makeup dalam satu pakej. Tak perlu risau ya.

Asalnya kami memang jahit baju pengantin dan sewakan. Bila studio foto kami mula beroperasi di tingkat atas maka semua baju pengantin kami boleh digayakan oleh sesiapa sahaja yang berminat dengan pakej studio foto tersebut. Dan yang paling bestnya makeup adalah profesional. Kalau diluar nak dapatkan makeup yang sama untuk majlis kahwin korang di caj RM500. Dalam pakej studio foto kami makeup adalah percuma. Best best best. Ni adalah peluang terbaik kepada korang yang teringin nak makeover. Tak semestinya nampak macam pengantin. Semuanya ikut permintaan korang. Kalau tak mahu pikir konsep makeup macamana sesuai serahkan pada makeup artis kami. Let us surprise u!

Ok cakap pasal baju pulak. Koleksi baju kami unik sikit dari butik2 lain. Sebabnya kami design dan jahit sendiri termasuklah tampalan lace dan manik yang sangat eksklusif. Cuba korang clik kat page ni kalau nak tengok koleksi baju yang boleh dipilih untuk studio foto anda.  Kalau nak sewa untuk majlis kahwin sepasang biasanya berharga RM1100 hingga RM2500. Dalam pakej studio semua baju kami dah termasuk dalam pakej studio foto . Maklumat lanjut pakej studio dapatkan disini. Ada lebih dari 100 pasang anda boleh pilih dibutik semuanya lengkap dengan aksesori yang bersesuaian.

Anda boleh pilih dengan gembiranya mana2 baju yang anda teringin nak gayakan. Dulu kami buat baju ikut group. Ada group A dan ada group B. Group A yang baru dan latest. Kalau nak pakai kena caj tambahan. Mulai hari ni 28/9/10 semua customer boleh pakai mana2 sahaja baju yang mereka suka. Takde pengkelasan group lagi. Dan takde additional caj. Matlamat kami untuk anda BERGAYA SEPUASNYA.

Yang lebih menarik adalah baju2 pengantin kami boleh di ejas besar atau kecik ikut ukuran badan anda. Semasa booking pakej studio foto anda digalakkan datang sendiri ke butik untuk pilih baju dan ambil ukuran badan bagi wanita. Untuk lelaki kami akan fitting terus pada badan tanpa mengambil ukuran. Selalunya baju lelaki sikit2 sahaja yang nak kena alter. Untuk wanita yang bertudung you are most welcome. Semua baju kami ada partner tudung dan kasut masing masing. Memang kami galakkan pakaian muslimah.

Ada juga customer studio foto yang datang dari luar KL datang. Mereka booking online sahaja. Kami akan pilih baju dan resize on the spot untuk mereka.  Untuk yang memang tinggal di luar KL dan anda berminat bolehlah menginap di hotel berdekatan. Just a few bloks away sahaja. Ramai yang sanggup datang dari jauh ya atas beberapa sebab.

1. Memang tak dinafikan tak banyak studio foto yang sediakan koleksi baju pengantin melayu atau muslimah yang sangat banyak dan cantik2 seperti yang kami offer. Kebanyakan studio foto di luar sana ada kelemahan penyediaan koleksi baju , jurusolek profesional mahupun kelengkapan studio itu sendiri. Ramai fotografer yang cuba mengelak dengan ajak customer buat outdoor. So mereka tak payah sewa studio. Mungkin.

2. Kualiti edit kami tidak hanya bergantung pada camera. Kalau anda tengok contoh hasil kerja kami, insyaallah anda akan impress. Kombinasi kamera dan komputer menghasilkan gambar yang sangat mengkagumkan. Grafik designer kami berpengalaman hampir 20 tahun dalam kerja2 grafik dan fotografi. Cuba perhatikan gambar dibawah.


Background belakang sebenarnya putih sahaja. Hehe :)

Pilih baju idaman anda dan mulakan angan-angan anda nak duduk tepi laut waktu senja macam ni ya. Lepas dah dapat baju boleh hubungi saya untuk temujanji. See you soon.

13 comments: