Wedding is a journey of a lifetime..

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini, ribuan terima kasih atas perhatian dan masa anda. Semoga apa yang terpapar di halaman ini dapat memberi manfaat dan panduan kepada kita semua. LOL"

Saturday, February 26, 2011

Kelas solekan peribadi-selesai dengan jayanya

Salam Sejahtera semua, baru sekejap tadi kelas solekan Aqiza selesai dengan jayanya.  Banyak manfaat yang diperolehi termasuk bagaimana untuk bersolek dalam masa 20 minit. Semua peserta lulus test dan bangga dengan hasil solekan masing-masing. Diharapkan kami dapat mengadakan banyak -lagi kelas kelas begini di masa akan datang. Sijil penghargaan diberikan kepada semua peserta dan kami juga mendapat permintaan untuk mengadakan kelas mekap profesional. Insyaalah kita akan slotkan masa untuk berkongsi ilmu yang ada..Terima kasih atas sokongan anda. Special thanks to Nina, Mai, Siti, Jaja, Kat dan Ida.

  

 
















Monday, February 21, 2011

Kelas Makeup Asas & Peribadi 26/2/11

Pengumuman penting,

Kami akan menjalankan satu bengkel kelas solekan peribadi. kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertainya. Berikut adalah maklumat terperinci. Ramai yang telah mendaftar , dapatkan tempat anda sekarang.

Tarikh : 26/2/11 Sabtu
Masa : 10.30pg - 1.30 tghari
Pendaftaran : RM100 only
Peralatan Asas disediakan: Sila bawa sebarang alatan mekap anda yang sedia ada.
Sijil & sarapan pagi disediakan.


Sunday, February 20, 2011

Photoshoot terbaru - Pesona Pengantin Edisi April 2011

 
Assalamualaikum semua, semalam adalah hari yang sibuk dari pagi sampai ke malam. Apa yang paling mengembirakan saya adalah photoshoot 4 pasang baju terbaru kami untuk majalah Pesona Pengantin edisi April 2011. Thankyou to Haryanti, reporter yang sporting kerana berjaya mengatur temujanji dengan model pilihan saya Anzalna. Orangnya kecil molek tapi sangat kelas. Semua shoot is perfect. Tunggulah keluaran edisi April nanti. Biasanya 15 of the months dah ada di market.Tak sabar rasanya. Untuk pre-tatapan follower blog yang turut sama tak sabar nak tengok gambar, kat sini saya ada sertakan beberapa keping shot dari hanphone sahaja. Tak berapa sharp tapi bolehlah tengok. 







Thursday, February 17, 2011

Majlis bertunang Farah & Faruqi 15 Jan 11

Some contribution dari Farah & Faruqi. Majlis pertunangan mereka diadakan pada 15 Jan 2010. Tahniah...tunggu nikah pula ya...



Wati & Zack Bersanding di Studio

Semalam 16/2/11 Tarikh shooting untuk wati dan zack. Dengan tempahan pakej perkahwinan mereka serendah RM3k++ mereka dengan gembiranya menjalani shooting "bersanding semula di studio" dengan sentuhan profesional makeup artis Zai Hassan dan baju pilihan mereka, 2 pasang ,grey dan merah.(baju merah dalam process upload gambarnya.) Sangat berbaloi memandangkan semasa majlis perkahwinan sebenar mereka di Pantai Dalam pada 5/2/11 , hujan turun selebat-lebatnya sehingga pelamin bawah kemah mereka hampir terbang. Segala yang dirancang banyak terganggu termasuk malam berinai yang terpaksa dibatalkan. Nasib baiklah mereka couple yang cool dan tabah dan sangat bertuah kerana subscribe pakej Aqiza bridal yang memahami kehendak customer dengan menghadiahkan mereka pakej studio percuma. Ia ternyata akan memberi mereka satu kenangan yang sangat indah untuk dirakam walaupun bersanding di studio, yang penting koleksi gambar peribadi yang terbaik untuk di framekan sepanjang hanyat. Tahniah Wati & Zack daripada Team Aqiza Bridal. Semoga Mahligai korang berkekalan keakhir hayat.




Wednesday, February 9, 2011

Makeup tips

Sedikit petikan dari majalah Pesona Pengantin Edisi Mac 2011.

Wedding Leena & Rick - Tahniah


Finally saya dapat gambar wedding Leena & Rick . Wedding di Dewan Merak Kayangan , Felda pada 27 December 2010. Acara Gilang gemilang tersebut diadakan pada sebelah malam. Both of them are mix mat saleh and malay. Unfortunately we just provide the baju & accessori, makeup by other makeup artist and Pelamin provided by dewan itself.  Thanks and congratulation to Leena & rick, Pn. Zainon(mother) & family.