Wedding is a journey of a lifetime..

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini, ribuan terima kasih atas perhatian dan masa anda. Semoga apa yang terpapar di halaman ini dapat memberi manfaat dan panduan kepada kita semua. LOL"

Saturday, November 10, 2012

Koleksi terbaru

Kami baru sahaja mengupdate beberapa koleksi baju pengantin baru di laman web rasmi kami www.aqiza.com. Sesiapa yg masih mencari2 baju pengantin untuk disewa adalah dijemput datang survey di butik kami. Salah satu koleksi kami ada dalam gambar ni. Dress ini berilhamkan rekaan zaman rom di Itali. Unsur-unsur muslimah telah diterapkan untuk kesesuaian kebanyakan pengantin bertudung. Tidak dilupakan juga rekaan bungan reben pada perincian bawah bahagian kain menepati rekaan 3D yg menjadi trend terkini. Kombinasi warna biru terquoise terang dan biru gelap amat berani dan ceria menanti hari bahagia anda. TQ to Alisa , model pilihan kami (berasal dari Rusia) yg sgt sporting.

Friday, September 21, 2012

Di balik tabir

Assalamualikum,

Pada tahun lepas saya termiss 2 event yg sangat menarik untuk di kongsi. Kami telah bekerja sama dengan sebuah international modelling agency untuk menggayakan koleksi terbaru busana pengantin Aqiza Bridal. Model yang dipilih memang sangat profesional dan berpengalaman. Saya sendiri sangat impress dengan kerja sama yang diberikan oleh mereka. Ini barulah dikatakan pro model. Apa yang sangat saya suka ialah they are super pretty and fast. Kita sedia maklum busana pengantin melayu sangat sarat dengan aksesori, tudung dan jarum peniti, kesemua ni memerlukan masa untuk dipakaikan. Dengan hanya 4 jam sahaja(termasuk masa mekap sejam) seorang model boleh memperagakan purata 10 pasang baju lengkap aksesori dan mereka mampu memberikan beratus posing yang berlainan dan semuanya menjadi. It was perfect and make my job so much easier. Setiap sudut pergerakan mereka sangat tidak terbatas. Dengan ketinggian 177cm , dan pinggang 24, mereka macam patung hidup yang bergerak tanpa disuruh. Setakat ni lebih kurang 20 busana rekaan Aqiza Bridal telah digayakan dengan sempurna dan mendapat feedback yang sangat baik daripada para pengantin. Butik kami merima panggilan tak henti-henti dari bakal pengantin untuk melihat dan mencuba sendiri koleksi kami. 2 model kesayangan saya ini selalunya travel 3 bulan sekali seluruh dunia untuk catwalk dan fotoshoot. I manage to grab them while they are here. Look forward to work with them again in future. TQ guys.

FYI Kesemua koleksi yang digayakan boleh dilihat di www.aqiza.com klik busana pengantin








Wednesday, September 12, 2012

Tips menempah baju nikah part 2


Assalamualaikum para pengantin dan blogger semua...

Sambung balik pasal baju nikah..
Hari ni dalam kesibukan melayan customer sempat lah saya curi masa siapkan satu proposed baju nikah yg flexible. Maksudnya boleh dijadikan 2 versi. Design yang saya proposed ni lengkap dengan berapa meter kain nak beli dan jenis materialnya sekali. Design ni juga memang menjadi pilihan bakal pengantin sekarang. Dan kalau ada pengantin yg berminat nak follow, silakan. ...

Biasanya ramai pengantin suka pilih warna putih untuk nikah. Warna putih ni sangat special sebab ia melambangkan kesucian. Seolah olah menjadi satu trend bilamana seseorang pakai baju warna putih...semua putih, nampak macam pengantin nak nikah. Haaa suka lah diingatkan , kalau kita bukan pengantin, menghadiri majlis nikah kawan kita, jaganlah pulak pakai baju warna putih. Just to respect pengantin kita jer...Make sure baju kita ada warna sikit2 pun takpe. So design dalam gambar ni memberi anda idea macamana anda boleh buat pada baju nikah kesayangan anda kalau anda nnnak! jugak simpan dan pakai lagi. Terperinci alteration kalau anda tak tahu buat sendiri, seeloknya serahkan  pada tailor anda.

Satu lagi saya suka mengingatkan, pastikan baju nikah anda boleh di alter , ada basi kat tepi supaya boleh dibesarkan atau dikecilkan. Setidaknya anda diizinkan gemuk lagi 4 inci dari ukuran anda sekarang untuk pakai baju tu lagi selepas kawin. Jangan biarkan tailor anda jahit bungkus kat tepi nanti dah tak boleh alter. Jahit bungkus ni istilah dikalangan tailor dan designer untuk baju yang memang kemas tapi tak boleh alter lagi.

Time line, Bercakap tentang time line, saya suka nak ingatkan , baju nikah ke, sanding ker, kena tempah awal. 3 Bulan paling biasa sebelum majlis. Seeloknya tengok jadual anda, jangan hantar time nak raya dan plan nak ambil sebelum raya..jangan buat macam tu. Faham2lah kalau nak raya, tailor lah yg paling sibuk. Sedangkan baju nikah memerlukan perhatian lebih dari baju biasa.

Bila beli kain nak buat baju nikah, jangan lupakan vail atau selendang/tudung. Make sure kain anda cukup untuk vail. Biasanya standart vail memerlukan 1 meter suku bidang 60. Selendang pulak yg particular ira kain memerlukan 1 meter setengah , tak kesah bidang kain berapa. Tapi kalau nak save sangat 1/2 meter paling sikit bidang 60 , dapatlah anda sehelai selendang yg tak berapa nak panjang.

Sebarang tudung, anak tudung, vail, kasut nikah, tiara, brooch , bungan tangan, kalung/rantai, sampin  kami panggil aksesori nikah. Kalau anda malas nak pikir, ia boleh disewa dengan harga biasanya RM180 sahaja as a pakage. Bergantung jugak pada butik yg anda pergi atau barang aksesori yg anda pilih. Kalau yg terfikir nak beli , sebenarnya kos aksesori nikah sangat tinggi dan memerlukan masa nak cari kat mana, nak matching kan semua. Sebagai contoh kos untuk beli vail sahaja RM200. memang lah hak anda boleh simpan terus tapi bila lagi anda nak pakai. Tak ada perempuan yang berangan nak kawin 2 kalinya. So kalau tanya saya , sewa lebih memudahkan.

Sebelum terlupa, untuk nikah, kalau ada pengantin2 yang teringin pakai korset, manalah tahu nak sorok spare tyre, beli korset yang paling friendly dengan badan anda. kat triumph ker...wacoal ker...beautiful ker...tak kesah lah yang penting selesa dipakai untuk beberapa jam.

Ok lah saya rasa hampir lengkap dah maklumat pasal baju nikah ni, Kalau ada yg kurang just type in jer dlm komen nanti saya updatekan. Walau apa pun pilihan baju anda, pastikan ia sesuai untuk majlis ini, sopan, menutup aurat, tidak terlalu nipis, pastikan berlining satin yg tebal sikit. Dan bertudung, terutama kalau nak masuk masjid. Hormat rumah Allah ya. Semoga Allah memberkati perkahwinan anda semua.

TQ & wassalam
Zaihassan












Sunday, September 9, 2012

Tips menempah baju nikah

Assalamualaikum semua.
Terutama kepada bakal pengantin., macamana persiapan perkahwinan anda.? Harap semuanya lancar dan mengikut perancangan dan budget masing2. Hari ni saya nak luangkan masa sedikit untuk berkongsi maklumat pasal baju nikah.

Rata-rata pengantin di Malaysia ni memang suka simpan baju nikah, sebabnya mungkin ada sentimental value kot.Takpon mungkin jugak kos persiapan baju nikah tak mahal sangat macam baju sanding. Toksah kata orang la....saya dulu masa kawin pon tempah jahit baju nikah jugak....ingat lagi masa tu tahun 2001. Beli kain lace degan satin, tempah kebaya pendek ada butang bungkus kat depan.Kain A cut. Masa tu memang top kebaya pendek. sekarang ni mana ada org suka kebaya pendek lagi.Kalau ada pun ....kuranglah..tak macam dulu.Lepas habis majlis baju tu dah tak pakai...nak buang sayang, bagi orang, orang pon taknak....,nak simpan buat memyemak almari. Lama -lama saya tak tahu baju tu pegi mana. Baru saya sedar saya ni tak berapa jenis yg sentimental value sangat dengan barang. Tapi kepada yang decide nak simpan baju nikah, jangan risau. Anda sebenarnya buat keputusan yang betul ,consider the fact that baju nikah tu menepati beberapa ciri yang  sepatutnya. Ini lah  yang saya nak share. Pengalaman saya hampir 7 tahun dalam dunia rekaan dan perkahwinan ni akan saya kongsi dengan anda supaya anda ada sedikit knowledge dan perancangan sebelum beli kain. 

Mulakan dengan survey design yang anda berkenan. kat majalah, kat internet. Takperlu follow 100% design tu sebab mungkin ada bahagian yg tak berapa sesuai dengan cutting anda. Lepas tu baru buat appointment dengan designer anda. Ramai yang ingat nak save je tanpa mengira faktor kepakaran tukang jahit. Saya suka nasihatkan anda, harga jahitan di Malaysia ni bergantung kepada kepakaran atau expertise atau branding seseorang designer atau tukang jahit. Takde harga yang standart atau piawai yang mesti semua tukang jahit patuhi. Memang takde. Sebab tulah kadang-kadang kita  terkejut ada orang ambik sepasang kurung moden rm40 ada jugak rm400. Dan ada jugak rm4000. Semua makes sense bila kita tengok hasil kerja dan brand yang tertera pada label baju tu.  Seloknya jangan hantar kain eksklusif seperti lace, beaded sifon, silk kepada tukang jahit biasa sebab risiko tinggi apabila melibatkan majlis. Kalau baju raya atau baju pakai biasa ok. Tapi baju nikah still u have to pick a designer atau specialise. Ni sebabnya kain lace dan sifon memerlukan kreativity dan kesabaran yang tinggi untuk meghasilkan baju yang cantik dan perfect. No alterration. Thats what i mean.

Ok , sambung balik part designer tadi, jumpa designer sebelum beli kain dan bawak sekali gambar baju yang anda berkenan. Time tulah designer akan rekemen yang terbaik untuk anda. Mana nak beli kain, design yg sesuai ikut cutting anda, dan harga yg dia charge. Semua perbincangan haruslah transparent, no hidden cost . Bila kedua pihak dah berpuas hati, barulah anda pegi beli kain. Sebabnya kain yang betul barulah menghasilkan baju yang cantik seperti yang anda nak. Seseorang designer akan tahu material yang digunakan dan mana nak cari ,just by looking at the picture. Kat sini anda sebenarnya dah save banyak duit dan masa sebab kalau anda bernasib baik, anda akan dapat beli dengan harga designer, murah sikit dari harga customer biasa. Ada setengah gedung kain....promoternya suka goreng customer. Maklumlah sale tinggi, komisyen deorg pon naik. Semua ni boleh dielakkan kalau anda terbaca blog ni insyallah.

Dah dapat material baru jumpa balik designer tadi. Finalize disign dan proceed dengan tempahan. Kebiasaannya 3 bulan atau lebih awal dari majlis. Ok Lets talk about price. Saya berpendapat customer harus difahamkan dengan kerja menjahit. Tugas menjahit memerlukan kepakaran dan masa.  Harga yg di charge selalunya mengambilkira faktor 2 tu. Dan jugak perincian yang diminta.Manik ke...pearls ke ...batu swaroski ker....apa2 lah Dan jugak risiko keatas kain tu. Kalau kain harga rm500 semeter, katakanlah sepasang dalam 2k, sanggupkah anda tempah kat kedai yang charge sepasang rm 150 untuk kain tu.?Boleh jer ....tapi kalau rosak, tak macam yg anda nak...sakit hati...nak marah dia buat kering jer.... mesti ada yg pernah terkena macam ni kan?

Tu lah yg saya suruh anda plan dari awal. Banyak lagi nak taip ni, tak cukup masa hari ni, esok saya sambung. Kita sentuh pasal design yg universal dan aksesori nikah yg anda tak terpikir pon. 

c u when i c u.
lol zaihassan













Friday, September 7, 2012

I'm back

Hampir setahun tak update blog. Tapi alhamdulillah ramai je yang terjumpa blog ni bila google-google. Ramai  yang mencari-cari maklumat bila nak kahwin terutamanya. Setelah hampir 12 bulan saya akan cuba upgrade dan update blog ni selengkap yang mungkin terutama dari segi infomation berguna kepada bakal pengantin insyaalah. Fokus utama adalah untuk memberi sebanyak mana maklumat kepada bakal pengantin. Sekarang dah pukul 7.00ptg. I will continue tomorrow ...lots more.