Wedding is a journey of a lifetime..

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini, ribuan terima kasih atas perhatian dan masa anda. Semoga apa yang terpapar di halaman ini dapat memberi manfaat dan panduan kepada kita semua. LOL"

Tuesday, September 24, 2013

Fotoshoot studio dan outdoor Zuraida & Farid

Semalam hari saya bermula seawal 8.00 pagi. Biasanya 11 pagi baru keluar rumah. Ini sebab nak kena mekap seorang customer untuk pakej studio foto. Sepeti yang dijanjikan pkl 8pagi Zuraida dan suaminya Farid dah sampai. Dalam tak sampai 40 minit make over , she's ready. Ni sebenarnya lebih kepada fotoshoote anniversary sebab dia dah 6 tahun bahagia bersama suaminya dan dah ada 3 cahaya mata.

So ni simple makeover untuk zuraida.


Pakej dia ada 2 baju. 1 studio dan satu lagi studio + outdoor. Kami decide buat outdoor di taman tasik permaisuri. Memang selalu kat situ pun. Sebab tak jauh dari butik dan cantik. Pagi cuaca nampak macam nak hujan nasib baik tak jadi. Fotoshoot bermula di butik untuk 2 baju tu. Zuraida datang ditemani adiknya shasha yg nak kawin tahun depan.

Memang kali ni agak mudah nak shoote gambar sebab couple dah buat preparation post yg deorg minat. Banyak post yang deorang pilih sendiri. Fotografer kami En. Zakhi pun ada ajarkan jugak pose yang sesuai. Selepas lebih kurang 1 jam shoote di butik kami berlima pergi buat outdoor pulak. Memang seronok layan deorg fotoshoote cuma biasalah cuaca kat Malaysia ni agak panas. Tapi masih better daripada hujan. Sekurang-kurangnya keja jalan.

Sebab event ni baru semalam selesai, tak boleh nak upload gambar2 pose deorg lagi .Belum siap edit. Dah ready insyaallah saya upload.  Seronok tengok deorang pose ala2 hindustan tengah panas. Sikit pun deorang tak mengeluh. Memang sporting. Saya pun tak sabar nak tengok hasil kerja yg dah siap nanti. Ada satu pose bawah pokok tu memang saya suka...tunggu saya upload ya. c.u


No comments:

Post a Comment