Wedding is a journey of a lifetime..

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini, ribuan terima kasih atas perhatian dan masa anda. Semoga apa yang terpapar di halaman ini dapat memberi manfaat dan panduan kepada kita semua. LOL"

Tuesday, October 8, 2013

SPA Muslimah yang cool di Kuala Lumpur

Minggu lepas 30/9/2013 Saya sempat meluangkan masa untuk berkunjung ke sebuah SPA Muslimah iaitu Suri Permai SPA di Platinum Walk, Setapak KL. Sangat menenangkan bila kedatangan saya di sambut alunan bacaan suci Al-Quran. Biasa kebanyakan SPA suka lagukan muzik Bali. Oleh kerana namanya pun SPA Muslimah, so takde ambik customer lelaki ya. Ladies only. Kita pun yang bertudung ni sangatlah selesa.  3 Orang pekerja SPA yang comel2 menunggu kedatangan saya. Semua ada tugas masing masing dah. And they are very nice and friendly.
Kak ida - Suri Permai SPA
Pakej favourite saya biasanya adalah Relaxing massage, Scrub dan Milk Bath. Treatment rambut pun ada. Dan kalau sesiapa yang baru lepas bersalin, ada tukang urut khas untuk wanita lepas bersalin. Best massage ever. Korang memang kena cuba. Dan yang paling penting ada tempat sembahyang yang selesa. Saya siap beli product rambut lagi. hehehe.. ada juga bersembang2 dengan Kak Zam owner SPA. Samaada nak highlight keyword muslimah ker tak pada customer. Bagi saya perkataan SPA muslimah adalah satu keistimewaan untuk yang mencari2 service SPA muslimah. Ramai customer yang particular dengan aurat mestilah mencari keselesaan bila masuk SPA. Sebab tu saya sangat recomend sesiapa yang nak cari SPA muslimah di Kuala Lumpur ni , datang ke Suri Permai SPA ni. Ketiga-tiga service yang saya try tu Massage, Milk bath dan Scrub sangat best sampai nak terlelap dibuatnya.

Sempat saya bergambar dengan Kak Zam yang sangat nice and friendly ni. Yang bertudung hitam nilah Kak Zam. Sapa nak buat appointment dengan dia anytime. Just call je 0172010919. atau boleh layari website ni. Saya highly recomend semua pengantin untuk datang ke sini cuba SPA muslimah ni. 
Dan ada masuk rancangan nona lah tentang rawatan coklat di SPA Muslimah ni. Bestnya. 





Saturday, September 28, 2013

Pakej Studio foto yang sediakan semua termasuk baju & mekap

Hari ni dapat info dari seorang customer yang baru sahaja booking pakej studio foto kami. Katanya susah nak cari studio foto yang sediakan semua termasuk baju dan mekap dalam satu pakej. Mujur deorang jumpa website ni. Untuk Aishah dan Sufian, thanks for your info. Kami akan highlight more on apa yang kami offer termasuk baju dan profesional makeup dalam satu pakej. Tak perlu risau ya.

Asalnya kami memang jahit baju pengantin dan sewakan. Bila studio foto kami mula beroperasi di tingkat atas maka semua baju pengantin kami boleh digayakan oleh sesiapa sahaja yang berminat dengan pakej studio foto tersebut. Dan yang paling bestnya makeup adalah profesional. Kalau diluar nak dapatkan makeup yang sama untuk majlis kahwin korang di caj RM500. Dalam pakej studio foto kami makeup adalah percuma. Best best best. Ni adalah peluang terbaik kepada korang yang teringin nak makeover. Tak semestinya nampak macam pengantin. Semuanya ikut permintaan korang. Kalau tak mahu pikir konsep makeup macamana sesuai serahkan pada makeup artis kami. Let us surprise u!

Ok cakap pasal baju pulak. Koleksi baju kami unik sikit dari butik2 lain. Sebabnya kami design dan jahit sendiri termasuklah tampalan lace dan manik yang sangat eksklusif. Cuba korang clik kat page ni kalau nak tengok koleksi baju yang boleh dipilih untuk studio foto anda.  Kalau nak sewa untuk majlis kahwin sepasang biasanya berharga RM1100 hingga RM2500. Dalam pakej studio semua baju kami dah termasuk dalam pakej studio foto . Maklumat lanjut pakej studio dapatkan disini. Ada lebih dari 100 pasang anda boleh pilih dibutik semuanya lengkap dengan aksesori yang bersesuaian.

Anda boleh pilih dengan gembiranya mana2 baju yang anda teringin nak gayakan. Dulu kami buat baju ikut group. Ada group A dan ada group B. Group A yang baru dan latest. Kalau nak pakai kena caj tambahan. Mulai hari ni 28/9/10 semua customer boleh pakai mana2 sahaja baju yang mereka suka. Takde pengkelasan group lagi. Dan takde additional caj. Matlamat kami untuk anda BERGAYA SEPUASNYA.

Yang lebih menarik adalah baju2 pengantin kami boleh di ejas besar atau kecik ikut ukuran badan anda. Semasa booking pakej studio foto anda digalakkan datang sendiri ke butik untuk pilih baju dan ambil ukuran badan bagi wanita. Untuk lelaki kami akan fitting terus pada badan tanpa mengambil ukuran. Selalunya baju lelaki sikit2 sahaja yang nak kena alter. Untuk wanita yang bertudung you are most welcome. Semua baju kami ada partner tudung dan kasut masing masing. Memang kami galakkan pakaian muslimah.

Ada juga customer studio foto yang datang dari luar KL datang. Mereka booking online sahaja. Kami akan pilih baju dan resize on the spot untuk mereka.  Untuk yang memang tinggal di luar KL dan anda berminat bolehlah menginap di hotel berdekatan. Just a few bloks away sahaja. Ramai yang sanggup datang dari jauh ya atas beberapa sebab.

1. Memang tak dinafikan tak banyak studio foto yang sediakan koleksi baju pengantin melayu atau muslimah yang sangat banyak dan cantik2 seperti yang kami offer. Kebanyakan studio foto di luar sana ada kelemahan penyediaan koleksi baju , jurusolek profesional mahupun kelengkapan studio itu sendiri. Ramai fotografer yang cuba mengelak dengan ajak customer buat outdoor. So mereka tak payah sewa studio. Mungkin.

2. Kualiti edit kami tidak hanya bergantung pada camera. Kalau anda tengok contoh hasil kerja kami, insyaallah anda akan impress. Kombinasi kamera dan komputer menghasilkan gambar yang sangat mengkagumkan. Grafik designer kami berpengalaman hampir 20 tahun dalam kerja2 grafik dan fotografi. Cuba perhatikan gambar dibawah.


Background belakang sebenarnya putih sahaja. Hehe :)

Pilih baju idaman anda dan mulakan angan-angan anda nak duduk tepi laut waktu senja macam ni ya. Lepas dah dapat baju boleh hubungi saya untuk temujanji. See you soon.

Tuesday, September 24, 2013

Fotoshoot studio dan outdoor Zuraida & Farid

Semalam hari saya bermula seawal 8.00 pagi. Biasanya 11 pagi baru keluar rumah. Ini sebab nak kena mekap seorang customer untuk pakej studio foto. Sepeti yang dijanjikan pkl 8pagi Zuraida dan suaminya Farid dah sampai. Dalam tak sampai 40 minit make over , she's ready. Ni sebenarnya lebih kepada fotoshoote anniversary sebab dia dah 6 tahun bahagia bersama suaminya dan dah ada 3 cahaya mata.

So ni simple makeover untuk zuraida.


Pakej dia ada 2 baju. 1 studio dan satu lagi studio + outdoor. Kami decide buat outdoor di taman tasik permaisuri. Memang selalu kat situ pun. Sebab tak jauh dari butik dan cantik. Pagi cuaca nampak macam nak hujan nasib baik tak jadi. Fotoshoot bermula di butik untuk 2 baju tu. Zuraida datang ditemani adiknya shasha yg nak kawin tahun depan.

Memang kali ni agak mudah nak shoote gambar sebab couple dah buat preparation post yg deorg minat. Banyak post yang deorang pilih sendiri. Fotografer kami En. Zakhi pun ada ajarkan jugak pose yang sesuai. Selepas lebih kurang 1 jam shoote di butik kami berlima pergi buat outdoor pulak. Memang seronok layan deorg fotoshoote cuma biasalah cuaca kat Malaysia ni agak panas. Tapi masih better daripada hujan. Sekurang-kurangnya keja jalan.

Sebab event ni baru semalam selesai, tak boleh nak upload gambar2 pose deorg lagi .Belum siap edit. Dah ready insyaallah saya upload.  Seronok tengok deorang pose ala2 hindustan tengah panas. Sikit pun deorang tak mengeluh. Memang sporting. Saya pun tak sabar nak tengok hasil kerja yg dah siap nanti. Ada satu pose bawah pokok tu memang saya suka...tunggu saya upload ya. c.u


Sunday, September 22, 2013

4 Mekap pengantin terkini

Antara 3 contoh mekap pengantin terkini dari  kami & sedikit komen.


Fariza minta mekap pengantin yg simple dan original. Tak melibatkan cukur2 kening. Kulit asal dia pun tak banyak masaalah memang dah cantik tapi sedikit pucat. Saya apply foundation color yang sedikit segar buat warna kulit nampak sihat & fresh.Illiminating bronzing powder all over the face warna pink peony no 9 dari bobby brown.  Smokey eyes pada mata bagi mata nampak besar sikit. Tak pakai fake eye lashes pun sebab nak keep the originality dan atas request (alhamdulillah). Combinasi 3 color blusher pada mekap pengantin buat muka dia nampak berkilat sikit n bertambah licin. Texture foundation langsung tak merekah, which is good. Shading pada hidung dan cheek bone sangat original. No dusty shading. Kalau dia pakai contact lens 15mm color hitam mata nampak lebih besar. Tapi ni pun dah ok. cun dah.

And this is Aishah masa nikah last week.
Actually kening dia dlm gambar before tu dah di trim sikit untuk kemasan sahaja. A little space for eyeshadow. Kulit Aishah memang cantik n pinkish. Dia ada sikit masaalah dengan dark eye circle. Tapi small matter je untuk seorg makeup artis. Tak perlu pakai ace cube. Leceh. Lepas apply MAC water base seluruh muka, sapu  kryolan green stick dan orange stick kat tempat bermasaalah jer. Blend 2 color tu  dengan brush and its done. Saya kurang suka concealer sebab faundation yang kita nak apply on top of it dah cukup baik. Sebenarnya gambar mekap pengantin ni diambil pakai camera handphone samsung note 2 je. Dengan pencahayaan pada masa tu dengan refleksi tudung putih buat muka dia nampak kekuningan. Sebenarnya in actual situation warna faundation pada mekap pengantin dia is just fine tak terlalu yellow base. Sebab besoknya hari kahwin dia saya plan nak guna tema pinkish maka hari nikah ni kita bagi lipstik warm peach. Funfare dari MAC. Tak pakai fake eyelashes pun. Mata dia nampak besar sebab contact lense warna hitam 15mm. ( Org korea suka...)

Ni pula Aishah masa sanding
As promise, lipstik pinkbase sebab baju warna hijau amethyst. Its a cool color. Yang penting saya suka bila pengantin nampak sangat3x original , kemas, and of course sweet. Actually warna pilihan baju dia adalah sangat briliant sebab tak banyak sangat org pakai color ni. Nampak unik sikit sikit. Combinasi hijau amethyst dengan detailing black.Cun2.

And the last is Shikin. 

Sebab mekap ni untuk anniversary ke 10 wedding shikin, dia memang sedikit segan nak mekap macam pengantin. Siap pesan awal2 taknak nampak macam pengantin. hehe...ok no problem. Kulit Shikin memang sangat cantik. Adalah sikit2 je frackles kat pipi kiri tapi dah letak faundation tak nampak. FYI frackles ..tanda hitam2 pada kulit tu bukan masaalah besar sebenarnya ya. Samall matter je. Buat sama macam dark eye circles tadi hilanglah. So dia tak trim kening...tak pakai fake eyelashes. Mata dia letak sikit je smokey warna dark purple. And dia sangat suit dengan color pink purplish. Tahniah Shikin. At least adalah effortnya nak celebrate moment of her 10th anniversary. Tu yang ada si comel sebelah tu. Actually ada 2 askar lagi yg putih melepak  takde dalam gambar ni. Nanti lah sikit masa lagi saya share gambar fotoshoot family shikin.

jumpa lagi..

Friday, May 10, 2013

Baju pengantin harga runtuh

Sementara Promosi sahaja!!
Ramai customer browse website cari baju pengantin. Memang macam2 jenis baju keluar dan beribu- ribu lemon senarai butik pengantin kat google. Kalau korang dah terjumpa site ni. Maknanya korang dah buat homework sebelum kawin. Cari baju pengantin ni bukan senang tau. Boleh gaduh-gaduh dengan tunang. Tapi seronok sebenarnya. Sebelum korang booking mana2 baju pengantin, datang sini dulu. Good news is kami decide nak tambah kuantiti customer dengan beri diskaun sewa baju pengantin dengan harga runtuh. 70% OFF. Ya betul.

Onother good news lagi, koleksi baju pengantin kami tersangat banyak dan semuanya hasil tangan designer kami. Takde nak beli kat pemborongnya. Maknanya datang tengok sendiri keunikan design kami dan boleh cuba.

Kami ada PAKEJ MURAH dapat free SPA. Wowww! Ladies only ya. Takde untuk lelaki.
Nak tengok detail boleh click buton 'pakej perkahwinan' kat atas tu. atau click link secondary website kami ni www.bajupengantins.com. atau sewabajupengantin.com.my

Sewa Baju pengantin RM900 LP+Vail


Mekap artis kami pun kreative dengan tudung. Mesti korang happy nyer! Banyak lagi...tengok kat bawah ni.
sewa baju pengantin
Ni pun sama harga RM900 jer



Dan ini juga..


sewa baju pengantin


Jumpa korang SOON!! Kami dalam prosess upload lebih 50 pasang lagi baju pengantin..check this out Ni lokasi kami lokasi kami

Saturday, November 10, 2012

Koleksi terbaru

Kami baru sahaja mengupdate beberapa koleksi baju pengantin baru di laman web rasmi kami www.aqiza.com. Sesiapa yg masih mencari2 baju pengantin untuk disewa adalah dijemput datang survey di butik kami. Salah satu koleksi kami ada dalam gambar ni. Dress ini berilhamkan rekaan zaman rom di Itali. Unsur-unsur muslimah telah diterapkan untuk kesesuaian kebanyakan pengantin bertudung. Tidak dilupakan juga rekaan bungan reben pada perincian bawah bahagian kain menepati rekaan 3D yg menjadi trend terkini. Kombinasi warna biru terquoise terang dan biru gelap amat berani dan ceria menanti hari bahagia anda. TQ to Alisa , model pilihan kami (berasal dari Rusia) yg sgt sporting.

Friday, September 21, 2012

Di balik tabir

Assalamualikum,

Pada tahun lepas saya termiss 2 event yg sangat menarik untuk di kongsi. Kami telah bekerja sama dengan sebuah international modelling agency untuk menggayakan koleksi terbaru busana pengantin Aqiza Bridal. Model yang dipilih memang sangat profesional dan berpengalaman. Saya sendiri sangat impress dengan kerja sama yang diberikan oleh mereka. Ini barulah dikatakan pro model. Apa yang sangat saya suka ialah they are super pretty and fast. Kita sedia maklum busana pengantin melayu sangat sarat dengan aksesori, tudung dan jarum peniti, kesemua ni memerlukan masa untuk dipakaikan. Dengan hanya 4 jam sahaja(termasuk masa mekap sejam) seorang model boleh memperagakan purata 10 pasang baju lengkap aksesori dan mereka mampu memberikan beratus posing yang berlainan dan semuanya menjadi. It was perfect and make my job so much easier. Setiap sudut pergerakan mereka sangat tidak terbatas. Dengan ketinggian 177cm , dan pinggang 24, mereka macam patung hidup yang bergerak tanpa disuruh. Setakat ni lebih kurang 20 busana rekaan Aqiza Bridal telah digayakan dengan sempurna dan mendapat feedback yang sangat baik daripada para pengantin. Butik kami merima panggilan tak henti-henti dari bakal pengantin untuk melihat dan mencuba sendiri koleksi kami. 2 model kesayangan saya ini selalunya travel 3 bulan sekali seluruh dunia untuk catwalk dan fotoshoot. I manage to grab them while they are here. Look forward to work with them again in future. TQ guys.

FYI Kesemua koleksi yang digayakan boleh dilihat di www.aqiza.com klik busana pengantin








Wednesday, September 12, 2012

Tips menempah baju nikah part 2


Assalamualaikum para pengantin dan blogger semua...

Sambung balik pasal baju nikah..
Hari ni dalam kesibukan melayan customer sempat lah saya curi masa siapkan satu proposed baju nikah yg flexible. Maksudnya boleh dijadikan 2 versi. Design yang saya proposed ni lengkap dengan berapa meter kain nak beli dan jenis materialnya sekali. Design ni juga memang menjadi pilihan bakal pengantin sekarang. Dan kalau ada pengantin yg berminat nak follow, silakan. ...

Biasanya ramai pengantin suka pilih warna putih untuk nikah. Warna putih ni sangat special sebab ia melambangkan kesucian. Seolah olah menjadi satu trend bilamana seseorang pakai baju warna putih...semua putih, nampak macam pengantin nak nikah. Haaa suka lah diingatkan , kalau kita bukan pengantin, menghadiri majlis nikah kawan kita, jaganlah pulak pakai baju warna putih. Just to respect pengantin kita jer...Make sure baju kita ada warna sikit2 pun takpe. So design dalam gambar ni memberi anda idea macamana anda boleh buat pada baju nikah kesayangan anda kalau anda nnnak! jugak simpan dan pakai lagi. Terperinci alteration kalau anda tak tahu buat sendiri, seeloknya serahkan  pada tailor anda.

Satu lagi saya suka mengingatkan, pastikan baju nikah anda boleh di alter , ada basi kat tepi supaya boleh dibesarkan atau dikecilkan. Setidaknya anda diizinkan gemuk lagi 4 inci dari ukuran anda sekarang untuk pakai baju tu lagi selepas kawin. Jangan biarkan tailor anda jahit bungkus kat tepi nanti dah tak boleh alter. Jahit bungkus ni istilah dikalangan tailor dan designer untuk baju yang memang kemas tapi tak boleh alter lagi.

Time line, Bercakap tentang time line, saya suka nak ingatkan , baju nikah ke, sanding ker, kena tempah awal. 3 Bulan paling biasa sebelum majlis. Seeloknya tengok jadual anda, jangan hantar time nak raya dan plan nak ambil sebelum raya..jangan buat macam tu. Faham2lah kalau nak raya, tailor lah yg paling sibuk. Sedangkan baju nikah memerlukan perhatian lebih dari baju biasa.

Bila beli kain nak buat baju nikah, jangan lupakan vail atau selendang/tudung. Make sure kain anda cukup untuk vail. Biasanya standart vail memerlukan 1 meter suku bidang 60. Selendang pulak yg particular ira kain memerlukan 1 meter setengah , tak kesah bidang kain berapa. Tapi kalau nak save sangat 1/2 meter paling sikit bidang 60 , dapatlah anda sehelai selendang yg tak berapa nak panjang.

Sebarang tudung, anak tudung, vail, kasut nikah, tiara, brooch , bungan tangan, kalung/rantai, sampin  kami panggil aksesori nikah. Kalau anda malas nak pikir, ia boleh disewa dengan harga biasanya RM180 sahaja as a pakage. Bergantung jugak pada butik yg anda pergi atau barang aksesori yg anda pilih. Kalau yg terfikir nak beli , sebenarnya kos aksesori nikah sangat tinggi dan memerlukan masa nak cari kat mana, nak matching kan semua. Sebagai contoh kos untuk beli vail sahaja RM200. memang lah hak anda boleh simpan terus tapi bila lagi anda nak pakai. Tak ada perempuan yang berangan nak kawin 2 kalinya. So kalau tanya saya , sewa lebih memudahkan.

Sebelum terlupa, untuk nikah, kalau ada pengantin2 yang teringin pakai korset, manalah tahu nak sorok spare tyre, beli korset yang paling friendly dengan badan anda. kat triumph ker...wacoal ker...beautiful ker...tak kesah lah yang penting selesa dipakai untuk beberapa jam.

Ok lah saya rasa hampir lengkap dah maklumat pasal baju nikah ni, Kalau ada yg kurang just type in jer dlm komen nanti saya updatekan. Walau apa pun pilihan baju anda, pastikan ia sesuai untuk majlis ini, sopan, menutup aurat, tidak terlalu nipis, pastikan berlining satin yg tebal sikit. Dan bertudung, terutama kalau nak masuk masjid. Hormat rumah Allah ya. Semoga Allah memberkati perkahwinan anda semua.

TQ & wassalam
Zaihassan












Sunday, September 9, 2012

Tips menempah baju nikah

Assalamualaikum semua.
Terutama kepada bakal pengantin., macamana persiapan perkahwinan anda.? Harap semuanya lancar dan mengikut perancangan dan budget masing2. Hari ni saya nak luangkan masa sedikit untuk berkongsi maklumat pasal baju nikah.

Rata-rata pengantin di Malaysia ni memang suka simpan baju nikah, sebabnya mungkin ada sentimental value kot.Takpon mungkin jugak kos persiapan baju nikah tak mahal sangat macam baju sanding. Toksah kata orang la....saya dulu masa kawin pon tempah jahit baju nikah jugak....ingat lagi masa tu tahun 2001. Beli kain lace degan satin, tempah kebaya pendek ada butang bungkus kat depan.Kain A cut. Masa tu memang top kebaya pendek. sekarang ni mana ada org suka kebaya pendek lagi.Kalau ada pun ....kuranglah..tak macam dulu.Lepas habis majlis baju tu dah tak pakai...nak buang sayang, bagi orang, orang pon taknak....,nak simpan buat memyemak almari. Lama -lama saya tak tahu baju tu pegi mana. Baru saya sedar saya ni tak berapa jenis yg sentimental value sangat dengan barang. Tapi kepada yang decide nak simpan baju nikah, jangan risau. Anda sebenarnya buat keputusan yang betul ,consider the fact that baju nikah tu menepati beberapa ciri yang  sepatutnya. Ini lah  yang saya nak share. Pengalaman saya hampir 7 tahun dalam dunia rekaan dan perkahwinan ni akan saya kongsi dengan anda supaya anda ada sedikit knowledge dan perancangan sebelum beli kain. 

Mulakan dengan survey design yang anda berkenan. kat majalah, kat internet. Takperlu follow 100% design tu sebab mungkin ada bahagian yg tak berapa sesuai dengan cutting anda. Lepas tu baru buat appointment dengan designer anda. Ramai yang ingat nak save je tanpa mengira faktor kepakaran tukang jahit. Saya suka nasihatkan anda, harga jahitan di Malaysia ni bergantung kepada kepakaran atau expertise atau branding seseorang designer atau tukang jahit. Takde harga yang standart atau piawai yang mesti semua tukang jahit patuhi. Memang takde. Sebab tulah kadang-kadang kita  terkejut ada orang ambik sepasang kurung moden rm40 ada jugak rm400. Dan ada jugak rm4000. Semua makes sense bila kita tengok hasil kerja dan brand yang tertera pada label baju tu.  Seloknya jangan hantar kain eksklusif seperti lace, beaded sifon, silk kepada tukang jahit biasa sebab risiko tinggi apabila melibatkan majlis. Kalau baju raya atau baju pakai biasa ok. Tapi baju nikah still u have to pick a designer atau specialise. Ni sebabnya kain lace dan sifon memerlukan kreativity dan kesabaran yang tinggi untuk meghasilkan baju yang cantik dan perfect. No alterration. Thats what i mean.

Ok , sambung balik part designer tadi, jumpa designer sebelum beli kain dan bawak sekali gambar baju yang anda berkenan. Time tulah designer akan rekemen yang terbaik untuk anda. Mana nak beli kain, design yg sesuai ikut cutting anda, dan harga yg dia charge. Semua perbincangan haruslah transparent, no hidden cost . Bila kedua pihak dah berpuas hati, barulah anda pegi beli kain. Sebabnya kain yang betul barulah menghasilkan baju yang cantik seperti yang anda nak. Seseorang designer akan tahu material yang digunakan dan mana nak cari ,just by looking at the picture. Kat sini anda sebenarnya dah save banyak duit dan masa sebab kalau anda bernasib baik, anda akan dapat beli dengan harga designer, murah sikit dari harga customer biasa. Ada setengah gedung kain....promoternya suka goreng customer. Maklumlah sale tinggi, komisyen deorg pon naik. Semua ni boleh dielakkan kalau anda terbaca blog ni insyallah.

Dah dapat material baru jumpa balik designer tadi. Finalize disign dan proceed dengan tempahan. Kebiasaannya 3 bulan atau lebih awal dari majlis. Ok Lets talk about price. Saya berpendapat customer harus difahamkan dengan kerja menjahit. Tugas menjahit memerlukan kepakaran dan masa.  Harga yg di charge selalunya mengambilkira faktor 2 tu. Dan jugak perincian yang diminta.Manik ke...pearls ke ...batu swaroski ker....apa2 lah Dan jugak risiko keatas kain tu. Kalau kain harga rm500 semeter, katakanlah sepasang dalam 2k, sanggupkah anda tempah kat kedai yang charge sepasang rm 150 untuk kain tu.?Boleh jer ....tapi kalau rosak, tak macam yg anda nak...sakit hati...nak marah dia buat kering jer.... mesti ada yg pernah terkena macam ni kan?

Tu lah yg saya suruh anda plan dari awal. Banyak lagi nak taip ni, tak cukup masa hari ni, esok saya sambung. Kita sentuh pasal design yg universal dan aksesori nikah yg anda tak terpikir pon. 

c u when i c u.
lol zaihassan













Friday, September 7, 2012

I'm back

Hampir setahun tak update blog. Tapi alhamdulillah ramai je yang terjumpa blog ni bila google-google. Ramai  yang mencari-cari maklumat bila nak kahwin terutamanya. Setelah hampir 12 bulan saya akan cuba upgrade dan update blog ni selengkap yang mungkin terutama dari segi infomation berguna kepada bakal pengantin insyaalah. Fokus utama adalah untuk memberi sebanyak mana maklumat kepada bakal pengantin. Sekarang dah pukul 7.00ptg. I will continue tomorrow ...lots more.

Saturday, August 6, 2011

Finally i found my password..

Its been so long tak log in .The only reason is , i lost my password during the phone update. Al maklum lah nak senang semua letak kat phone. Hari ni,  after so many 'try an error' baru dapat yang betul. Saya telah termiss banyak event untuk di announce di Aqiza Bridal.

Sebelum terlupa, Aqiza bridal dan kakitangan yang terlibat ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak. Jangan lupa menghayati kesucian Ramadhan ini sepenuhnya. Semoga rezeki yang kita kejar ini diberkati Allah.

Monday, May 2, 2011

Baby fotoshoote

Baru-baru ini kami sempat mengadakan fotoshoote bersama model genit Puteri fahda Nur untuk proses penyediaan website baru. Ada 2 keping gambar untuk tontonan semua dan sesiapa yang berminat  untuk mengadakan fotoshoote yang sama untuk versi yang sama boleh menghubungi kami. Susah juga nak shoote Danur ni sbb banyak bergerak. Walau bagaimanapun kerjasama yang diberikan sangat baik.



Thursday, March 31, 2011

Fotoshoot untuk cover majalah

Dah berapa hari tak update blog. banyak aktiviti going on lately. Antara yg terbaru adalah fotoshoot untuk cover majalah Raja Sehari bersama model Anzalna. dengan busana rekaan terkini Aqiza Bridal, bertempat di studio Aqiza dan dengan sentuhan mekap Zai Hassan. just a perfect moment.!!

Wednesday, March 16, 2011

Pelamin baru untuk Nadia & Rizal, Dewan Kelana Jaya

Pada 13 March bertempat di Dewan PKNS kelana Jaya, Nadia & Rizal selamat melangsung kan persandingan  mereka dengan gilang Gemilang. Bertemakan warna grey dan putih, Pelamin 5 panel tersergam indah bersama gantungan kristal putih untuk setiap panel. Manakala majlis gold dan putih untuk hiasan dewan, segalanya teratur dan sempurna menanti hadirin yang datang. Tahniah kepada Pn. Kamalia sekeluarga yang bertungkus-lumus membuat persediaan dari awal.


Pelamin : Aqiza Bridal Boutique
Pasangan: Nadia & Rizal



Friday, March 11, 2011

Pelamin Bertunang Azira - majlis 12 March 2011

Pelamin mini yang ringkas dan comel untuk majlis pertunangan azira. Sentuhan warna -warna lembut dan kedutan di panel menaikkan seri pelamin.  Selamat bertunang Azira. jangan lupa kirimkan gambar2 majlis untuk tatapan semua..



Thursday, March 10, 2011

Majalah Pesona Pengantin edisi April is in the market

Finally edisi April pesona pengantin dah keluar.  Kepada yang belum beli lagi, ada 4 gambar baju Aqiza is in "hot Item". Setiap hari telefon berdering untuk bertanyakan keempat-empat  baju favourite ini. 2 model diambil dari actual magazine. another 2 dari fotoshoot kami sendiri.




Fotoshoot Intan & Firdaus

Askm & salam sejahtera, Ahad lepas kami selesai menjalani fotoshoot bersama intan & suami tercinta . Alhamdulillah mereka bersanding lagi sekali di studio aqiza bersama sentuhan mekap zai hassan dan busana bewarna kelabu & songket hijau menjadi pilihan. Intan dan suami memang couple yang serasi dan pandai berposing. Kat sini ada beberapa keping gambar untuk tatapan semua. Check this out. Both of you guys memang kelass.

Model: Intan & Firdaus
Fotografer : Zaki
Solekan: Zai hassan
Lokasi : Studio Aqiza

Saturday, March 5, 2011

Tudung pengantin terbaru -ilham Aqiza Bridal

Askm  dan salam sejahtera. Finally saya sempat meluangkan masa memilih gambar2 shooting kami kelmarin untuk tatapan para pengantin yang sedang mencari-cari rekaan terkini tudung nikah dan bersanding. Kami hanya memaparkan tudung yang sudah siap dipasang. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut cara memakainya. Just drop me an email. zai@aqiza.com .Hampir semua gambar2 dibawah (kecuali yang bewarna coklat) menggunakan hanya anak tudung syria yang siap dijahit manik dan tampalan batu swaroski dan di balut dengan vail. Check this out.

Model: Zue
Lokasi : Studio Aqiza





Wednesday, March 2, 2011

Photoshoot bersama Zue

Alhamdulillah fotoshoot hari ini baru sahaja selesai bersama model kami zue. Nantikan gambar baju pengantin terbaru kami dan  gaya tudung terkini yang bakal menjadi trend terbaru. Kepada semua pengantin bertudung yang inginkan kelainan , check the latest update blog ini. Apapun kepada yang tak sabar....sabar ya..sini ada sedikit "klue" tudung terbaru yang kami perkenalkan kepada seluruh pengantin Malaysia!!! Just the klue ya...hehehe..

Saturday, February 26, 2011

Kelas solekan peribadi-selesai dengan jayanya

Salam Sejahtera semua, baru sekejap tadi kelas solekan Aqiza selesai dengan jayanya.  Banyak manfaat yang diperolehi termasuk bagaimana untuk bersolek dalam masa 20 minit. Semua peserta lulus test dan bangga dengan hasil solekan masing-masing. Diharapkan kami dapat mengadakan banyak -lagi kelas kelas begini di masa akan datang. Sijil penghargaan diberikan kepada semua peserta dan kami juga mendapat permintaan untuk mengadakan kelas mekap profesional. Insyaalah kita akan slotkan masa untuk berkongsi ilmu yang ada..Terima kasih atas sokongan anda. Special thanks to Nina, Mai, Siti, Jaja, Kat dan Ida.