Wedding is a journey of a lifetime..

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini, ribuan terima kasih atas perhatian dan masa anda. Semoga apa yang terpapar di halaman ini dapat memberi manfaat dan panduan kepada kita semua. LOL"

Tuesday, October 8, 2013

SPA Muslimah yang cool di Kuala Lumpur

Minggu lepas 30/9/2013 Saya sempat meluangkan masa untuk berkunjung ke sebuah SPA Muslimah iaitu Suri Permai SPA di Platinum Walk, Setapak KL. Sangat menenangkan bila kedatangan saya di sambut alunan bacaan suci Al-Quran. Biasa kebanyakan SPA suka lagukan muzik Bali. Oleh kerana namanya pun SPA Muslimah, so takde ambik customer lelaki ya. Ladies only. Kita pun yang bertudung ni sangatlah selesa.  3 Orang pekerja SPA yang comel2 menunggu kedatangan saya. Semua ada tugas masing masing dah. And they are very nice and friendly.
Kak ida - Suri Permai SPA
Pakej favourite saya biasanya adalah Relaxing massage, Scrub dan Milk Bath. Treatment rambut pun ada. Dan kalau sesiapa yang baru lepas bersalin, ada tukang urut khas untuk wanita lepas bersalin. Best massage ever. Korang memang kena cuba. Dan yang paling penting ada tempat sembahyang yang selesa. Saya siap beli product rambut lagi. hehehe.. ada juga bersembang2 dengan Kak Zam owner SPA. Samaada nak highlight keyword muslimah ker tak pada customer. Bagi saya perkataan SPA muslimah adalah satu keistimewaan untuk yang mencari2 service SPA muslimah. Ramai customer yang particular dengan aurat mestilah mencari keselesaan bila masuk SPA. Sebab tu saya sangat recomend sesiapa yang nak cari SPA muslimah di Kuala Lumpur ni , datang ke Suri Permai SPA ni. Ketiga-tiga service yang saya try tu Massage, Milk bath dan Scrub sangat best sampai nak terlelap dibuatnya.

Sempat saya bergambar dengan Kak Zam yang sangat nice and friendly ni. Yang bertudung hitam nilah Kak Zam. Sapa nak buat appointment dengan dia anytime. Just call je 0172010919. atau boleh layari website ni. Saya highly recomend semua pengantin untuk datang ke sini cuba SPA muslimah ni. 
Dan ada masuk rancangan nona lah tentang rawatan coklat di SPA Muslimah ni. Bestnya. 





Saturday, September 28, 2013

Pakej Studio foto yang sediakan semua termasuk baju & mekap

Hari ni dapat info dari seorang customer yang baru sahaja booking pakej studio foto kami. Katanya susah nak cari studio foto yang sediakan semua termasuk baju dan mekap dalam satu pakej. Mujur deorang jumpa website ni. Untuk Aishah dan Sufian, thanks for your info. Kami akan highlight more on apa yang kami offer termasuk baju dan profesional makeup dalam satu pakej. Tak perlu risau ya.

Asalnya kami memang jahit baju pengantin dan sewakan. Bila studio foto kami mula beroperasi di tingkat atas maka semua baju pengantin kami boleh digayakan oleh sesiapa sahaja yang berminat dengan pakej studio foto tersebut. Dan yang paling bestnya makeup adalah profesional. Kalau diluar nak dapatkan makeup yang sama untuk majlis kahwin korang di caj RM500. Dalam pakej studio foto kami makeup adalah percuma. Best best best. Ni adalah peluang terbaik kepada korang yang teringin nak makeover. Tak semestinya nampak macam pengantin. Semuanya ikut permintaan korang. Kalau tak mahu pikir konsep makeup macamana sesuai serahkan pada makeup artis kami. Let us surprise u!

Ok cakap pasal baju pulak. Koleksi baju kami unik sikit dari butik2 lain. Sebabnya kami design dan jahit sendiri termasuklah tampalan lace dan manik yang sangat eksklusif. Cuba korang clik kat page ni kalau nak tengok koleksi baju yang boleh dipilih untuk studio foto anda.  Kalau nak sewa untuk majlis kahwin sepasang biasanya berharga RM1100 hingga RM2500. Dalam pakej studio semua baju kami dah termasuk dalam pakej studio foto . Maklumat lanjut pakej studio dapatkan disini. Ada lebih dari 100 pasang anda boleh pilih dibutik semuanya lengkap dengan aksesori yang bersesuaian.

Anda boleh pilih dengan gembiranya mana2 baju yang anda teringin nak gayakan. Dulu kami buat baju ikut group. Ada group A dan ada group B. Group A yang baru dan latest. Kalau nak pakai kena caj tambahan. Mulai hari ni 28/9/10 semua customer boleh pakai mana2 sahaja baju yang mereka suka. Takde pengkelasan group lagi. Dan takde additional caj. Matlamat kami untuk anda BERGAYA SEPUASNYA.

Yang lebih menarik adalah baju2 pengantin kami boleh di ejas besar atau kecik ikut ukuran badan anda. Semasa booking pakej studio foto anda digalakkan datang sendiri ke butik untuk pilih baju dan ambil ukuran badan bagi wanita. Untuk lelaki kami akan fitting terus pada badan tanpa mengambil ukuran. Selalunya baju lelaki sikit2 sahaja yang nak kena alter. Untuk wanita yang bertudung you are most welcome. Semua baju kami ada partner tudung dan kasut masing masing. Memang kami galakkan pakaian muslimah.

Ada juga customer studio foto yang datang dari luar KL datang. Mereka booking online sahaja. Kami akan pilih baju dan resize on the spot untuk mereka.  Untuk yang memang tinggal di luar KL dan anda berminat bolehlah menginap di hotel berdekatan. Just a few bloks away sahaja. Ramai yang sanggup datang dari jauh ya atas beberapa sebab.

1. Memang tak dinafikan tak banyak studio foto yang sediakan koleksi baju pengantin melayu atau muslimah yang sangat banyak dan cantik2 seperti yang kami offer. Kebanyakan studio foto di luar sana ada kelemahan penyediaan koleksi baju , jurusolek profesional mahupun kelengkapan studio itu sendiri. Ramai fotografer yang cuba mengelak dengan ajak customer buat outdoor. So mereka tak payah sewa studio. Mungkin.

2. Kualiti edit kami tidak hanya bergantung pada camera. Kalau anda tengok contoh hasil kerja kami, insyaallah anda akan impress. Kombinasi kamera dan komputer menghasilkan gambar yang sangat mengkagumkan. Grafik designer kami berpengalaman hampir 20 tahun dalam kerja2 grafik dan fotografi. Cuba perhatikan gambar dibawah.


Background belakang sebenarnya putih sahaja. Hehe :)

Pilih baju idaman anda dan mulakan angan-angan anda nak duduk tepi laut waktu senja macam ni ya. Lepas dah dapat baju boleh hubungi saya untuk temujanji. See you soon.

Tuesday, September 24, 2013

Fotoshoot studio dan outdoor Zuraida & Farid

Semalam hari saya bermula seawal 8.00 pagi. Biasanya 11 pagi baru keluar rumah. Ini sebab nak kena mekap seorang customer untuk pakej studio foto. Sepeti yang dijanjikan pkl 8pagi Zuraida dan suaminya Farid dah sampai. Dalam tak sampai 40 minit make over , she's ready. Ni sebenarnya lebih kepada fotoshoote anniversary sebab dia dah 6 tahun bahagia bersama suaminya dan dah ada 3 cahaya mata.

So ni simple makeover untuk zuraida.


Pakej dia ada 2 baju. 1 studio dan satu lagi studio + outdoor. Kami decide buat outdoor di taman tasik permaisuri. Memang selalu kat situ pun. Sebab tak jauh dari butik dan cantik. Pagi cuaca nampak macam nak hujan nasib baik tak jadi. Fotoshoot bermula di butik untuk 2 baju tu. Zuraida datang ditemani adiknya shasha yg nak kawin tahun depan.

Memang kali ni agak mudah nak shoote gambar sebab couple dah buat preparation post yg deorg minat. Banyak post yang deorang pilih sendiri. Fotografer kami En. Zakhi pun ada ajarkan jugak pose yang sesuai. Selepas lebih kurang 1 jam shoote di butik kami berlima pergi buat outdoor pulak. Memang seronok layan deorg fotoshoote cuma biasalah cuaca kat Malaysia ni agak panas. Tapi masih better daripada hujan. Sekurang-kurangnya keja jalan.

Sebab event ni baru semalam selesai, tak boleh nak upload gambar2 pose deorg lagi .Belum siap edit. Dah ready insyaallah saya upload.  Seronok tengok deorang pose ala2 hindustan tengah panas. Sikit pun deorang tak mengeluh. Memang sporting. Saya pun tak sabar nak tengok hasil kerja yg dah siap nanti. Ada satu pose bawah pokok tu memang saya suka...tunggu saya upload ya. c.u


Sunday, September 22, 2013

4 Mekap pengantin terkini

Antara 3 contoh mekap pengantin terkini dari  kami & sedikit komen.


Fariza minta mekap pengantin yg simple dan original. Tak melibatkan cukur2 kening. Kulit asal dia pun tak banyak masaalah memang dah cantik tapi sedikit pucat. Saya apply foundation color yang sedikit segar buat warna kulit nampak sihat & fresh.Illiminating bronzing powder all over the face warna pink peony no 9 dari bobby brown.  Smokey eyes pada mata bagi mata nampak besar sikit. Tak pakai fake eye lashes pun sebab nak keep the originality dan atas request (alhamdulillah). Combinasi 3 color blusher pada mekap pengantin buat muka dia nampak berkilat sikit n bertambah licin. Texture foundation langsung tak merekah, which is good. Shading pada hidung dan cheek bone sangat original. No dusty shading. Kalau dia pakai contact lens 15mm color hitam mata nampak lebih besar. Tapi ni pun dah ok. cun dah.

And this is Aishah masa nikah last week.
Actually kening dia dlm gambar before tu dah di trim sikit untuk kemasan sahaja. A little space for eyeshadow. Kulit Aishah memang cantik n pinkish. Dia ada sikit masaalah dengan dark eye circle. Tapi small matter je untuk seorg makeup artis. Tak perlu pakai ace cube. Leceh. Lepas apply MAC water base seluruh muka, sapu  kryolan green stick dan orange stick kat tempat bermasaalah jer. Blend 2 color tu  dengan brush and its done. Saya kurang suka concealer sebab faundation yang kita nak apply on top of it dah cukup baik. Sebenarnya gambar mekap pengantin ni diambil pakai camera handphone samsung note 2 je. Dengan pencahayaan pada masa tu dengan refleksi tudung putih buat muka dia nampak kekuningan. Sebenarnya in actual situation warna faundation pada mekap pengantin dia is just fine tak terlalu yellow base. Sebab besoknya hari kahwin dia saya plan nak guna tema pinkish maka hari nikah ni kita bagi lipstik warm peach. Funfare dari MAC. Tak pakai fake eyelashes pun. Mata dia nampak besar sebab contact lense warna hitam 15mm. ( Org korea suka...)

Ni pula Aishah masa sanding
As promise, lipstik pinkbase sebab baju warna hijau amethyst. Its a cool color. Yang penting saya suka bila pengantin nampak sangat3x original , kemas, and of course sweet. Actually warna pilihan baju dia adalah sangat briliant sebab tak banyak sangat org pakai color ni. Nampak unik sikit sikit. Combinasi hijau amethyst dengan detailing black.Cun2.

And the last is Shikin. 

Sebab mekap ni untuk anniversary ke 10 wedding shikin, dia memang sedikit segan nak mekap macam pengantin. Siap pesan awal2 taknak nampak macam pengantin. hehe...ok no problem. Kulit Shikin memang sangat cantik. Adalah sikit2 je frackles kat pipi kiri tapi dah letak faundation tak nampak. FYI frackles ..tanda hitam2 pada kulit tu bukan masaalah besar sebenarnya ya. Samall matter je. Buat sama macam dark eye circles tadi hilanglah. So dia tak trim kening...tak pakai fake eyelashes. Mata dia letak sikit je smokey warna dark purple. And dia sangat suit dengan color pink purplish. Tahniah Shikin. At least adalah effortnya nak celebrate moment of her 10th anniversary. Tu yang ada si comel sebelah tu. Actually ada 2 askar lagi yg putih melepak  takde dalam gambar ni. Nanti lah sikit masa lagi saya share gambar fotoshoot family shikin.

jumpa lagi..

Friday, May 10, 2013

Baju pengantin harga runtuh

Sementara Promosi sahaja!!
Ramai customer browse website cari baju pengantin. Memang macam2 jenis baju keluar dan beribu- ribu lemon senarai butik pengantin kat google. Kalau korang dah terjumpa site ni. Maknanya korang dah buat homework sebelum kawin. Cari baju pengantin ni bukan senang tau. Boleh gaduh-gaduh dengan tunang. Tapi seronok sebenarnya. Sebelum korang booking mana2 baju pengantin, datang sini dulu. Good news is kami decide nak tambah kuantiti customer dengan beri diskaun sewa baju pengantin dengan harga runtuh. 70% OFF. Ya betul.

Onother good news lagi, koleksi baju pengantin kami tersangat banyak dan semuanya hasil tangan designer kami. Takde nak beli kat pemborongnya. Maknanya datang tengok sendiri keunikan design kami dan boleh cuba.

Kami ada PAKEJ MURAH dapat free SPA. Wowww! Ladies only ya. Takde untuk lelaki.
Nak tengok detail boleh click buton 'pakej perkahwinan' kat atas tu. atau click link secondary website kami ni www.bajupengantins.com. atau sewabajupengantin.com.my

Sewa Baju pengantin RM900 LP+Vail


Mekap artis kami pun kreative dengan tudung. Mesti korang happy nyer! Banyak lagi...tengok kat bawah ni.
sewa baju pengantin
Ni pun sama harga RM900 jer



Dan ini juga..


sewa baju pengantin


Jumpa korang SOON!! Kami dalam prosess upload lebih 50 pasang lagi baju pengantin..check this out Ni lokasi kami lokasi kami