Wedding is a journey of a lifetime..

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini, ribuan terima kasih atas perhatian dan masa anda. Semoga apa yang terpapar di halaman ini dapat memberi manfaat dan panduan kepada kita semua. LOL"

Sunday, September 9, 2012

Tips menempah baju nikah

Assalamualaikum semua.
Terutama kepada bakal pengantin., macamana persiapan perkahwinan anda.? Harap semuanya lancar dan mengikut perancangan dan budget masing2. Hari ni saya nak luangkan masa sedikit untuk berkongsi maklumat pasal baju nikah.

Rata-rata pengantin di Malaysia ni memang suka simpan baju nikah, sebabnya mungkin ada sentimental value kot.Takpon mungkin jugak kos persiapan baju nikah tak mahal sangat macam baju sanding. Toksah kata orang la....saya dulu masa kawin pon tempah jahit baju nikah jugak....ingat lagi masa tu tahun 2001. Beli kain lace degan satin, tempah kebaya pendek ada butang bungkus kat depan.Kain A cut. Masa tu memang top kebaya pendek. sekarang ni mana ada org suka kebaya pendek lagi.Kalau ada pun ....kuranglah..tak macam dulu.Lepas habis majlis baju tu dah tak pakai...nak buang sayang, bagi orang, orang pon taknak....,nak simpan buat memyemak almari. Lama -lama saya tak tahu baju tu pegi mana. Baru saya sedar saya ni tak berapa jenis yg sentimental value sangat dengan barang. Tapi kepada yang decide nak simpan baju nikah, jangan risau. Anda sebenarnya buat keputusan yang betul ,consider the fact that baju nikah tu menepati beberapa ciri yang  sepatutnya. Ini lah  yang saya nak share. Pengalaman saya hampir 7 tahun dalam dunia rekaan dan perkahwinan ni akan saya kongsi dengan anda supaya anda ada sedikit knowledge dan perancangan sebelum beli kain. 

Mulakan dengan survey design yang anda berkenan. kat majalah, kat internet. Takperlu follow 100% design tu sebab mungkin ada bahagian yg tak berapa sesuai dengan cutting anda. Lepas tu baru buat appointment dengan designer anda. Ramai yang ingat nak save je tanpa mengira faktor kepakaran tukang jahit. Saya suka nasihatkan anda, harga jahitan di Malaysia ni bergantung kepada kepakaran atau expertise atau branding seseorang designer atau tukang jahit. Takde harga yang standart atau piawai yang mesti semua tukang jahit patuhi. Memang takde. Sebab tulah kadang-kadang kita  terkejut ada orang ambik sepasang kurung moden rm40 ada jugak rm400. Dan ada jugak rm4000. Semua makes sense bila kita tengok hasil kerja dan brand yang tertera pada label baju tu.  Seloknya jangan hantar kain eksklusif seperti lace, beaded sifon, silk kepada tukang jahit biasa sebab risiko tinggi apabila melibatkan majlis. Kalau baju raya atau baju pakai biasa ok. Tapi baju nikah still u have to pick a designer atau specialise. Ni sebabnya kain lace dan sifon memerlukan kreativity dan kesabaran yang tinggi untuk meghasilkan baju yang cantik dan perfect. No alterration. Thats what i mean.

Ok , sambung balik part designer tadi, jumpa designer sebelum beli kain dan bawak sekali gambar baju yang anda berkenan. Time tulah designer akan rekemen yang terbaik untuk anda. Mana nak beli kain, design yg sesuai ikut cutting anda, dan harga yg dia charge. Semua perbincangan haruslah transparent, no hidden cost . Bila kedua pihak dah berpuas hati, barulah anda pegi beli kain. Sebabnya kain yang betul barulah menghasilkan baju yang cantik seperti yang anda nak. Seseorang designer akan tahu material yang digunakan dan mana nak cari ,just by looking at the picture. Kat sini anda sebenarnya dah save banyak duit dan masa sebab kalau anda bernasib baik, anda akan dapat beli dengan harga designer, murah sikit dari harga customer biasa. Ada setengah gedung kain....promoternya suka goreng customer. Maklumlah sale tinggi, komisyen deorg pon naik. Semua ni boleh dielakkan kalau anda terbaca blog ni insyallah.

Dah dapat material baru jumpa balik designer tadi. Finalize disign dan proceed dengan tempahan. Kebiasaannya 3 bulan atau lebih awal dari majlis. Ok Lets talk about price. Saya berpendapat customer harus difahamkan dengan kerja menjahit. Tugas menjahit memerlukan kepakaran dan masa.  Harga yg di charge selalunya mengambilkira faktor 2 tu. Dan jugak perincian yang diminta.Manik ke...pearls ke ...batu swaroski ker....apa2 lah Dan jugak risiko keatas kain tu. Kalau kain harga rm500 semeter, katakanlah sepasang dalam 2k, sanggupkah anda tempah kat kedai yang charge sepasang rm 150 untuk kain tu.?Boleh jer ....tapi kalau rosak, tak macam yg anda nak...sakit hati...nak marah dia buat kering jer.... mesti ada yg pernah terkena macam ni kan?

Tu lah yg saya suruh anda plan dari awal. Banyak lagi nak taip ni, tak cukup masa hari ni, esok saya sambung. Kita sentuh pasal design yg universal dan aksesori nikah yg anda tak terpikir pon. 

c u when i c u.
lol zaihassan













1 comment:

  1. akak nak tanya, kalau nak tempah baju nikah kat akak range harga berapa ye?

    ReplyDelete