Assalamualaikum para pengantin dan blogger semua...
Sambung balik pasal baju nikah..
Hari ni dalam kesibukan melayan customer sempat lah saya curi masa siapkan satu proposed baju nikah yg flexible. Maksudnya boleh dijadikan 2 versi. Design yang saya proposed ni lengkap dengan berapa meter kain nak beli dan jenis materialnya sekali. Design ni juga memang menjadi pilihan bakal pengantin sekarang. Dan kalau ada pengantin yg berminat nak follow, silakan. ...
Biasanya ramai pengantin suka pilih warna putih untuk nikah. Warna putih ni sangat special sebab ia melambangkan kesucian. Seolah olah menjadi satu trend bilamana seseorang pakai baju warna putih...semua putih, nampak macam pengantin nak nikah. Haaa suka lah diingatkan , kalau kita bukan pengantin, menghadiri majlis nikah kawan kita, jaganlah pulak pakai baju warna putih. Just to respect pengantin kita jer...Make sure baju kita ada warna sikit2 pun takpe. So design dalam gambar ni memberi anda idea macamana anda boleh buat pada baju nikah kesayangan anda kalau anda nnnak! jugak simpan dan pakai lagi. Terperinci alteration kalau anda tak tahu buat sendiri, seeloknya serahkan pada tailor anda.
Satu lagi saya suka mengingatkan, pastikan baju nikah anda boleh di alter , ada basi kat tepi supaya boleh dibesarkan atau dikecilkan. Setidaknya anda diizinkan gemuk lagi 4 inci dari ukuran anda sekarang untuk pakai baju tu lagi selepas kawin. Jangan biarkan tailor anda jahit bungkus kat tepi nanti dah tak boleh alter. Jahit bungkus ni istilah dikalangan tailor dan designer untuk baju yang memang kemas tapi tak boleh alter lagi.
Time line, Bercakap tentang time line, saya suka nak ingatkan , baju nikah ke, sanding ker, kena tempah awal. 3 Bulan paling biasa sebelum majlis. Seeloknya tengok jadual anda, jangan hantar time nak raya dan plan nak ambil sebelum raya..jangan buat macam tu. Faham2lah kalau nak raya, tailor lah yg paling sibuk. Sedangkan baju nikah memerlukan perhatian lebih dari baju biasa.
Bila beli kain nak buat baju nikah, jangan lupakan vail atau selendang/tudung. Make sure kain anda cukup untuk vail. Biasanya standart vail memerlukan 1 meter suku bidang 60. Selendang pulak yg particular ira kain memerlukan 1 meter setengah , tak kesah bidang kain berapa. Tapi kalau nak save sangat 1/2 meter paling sikit bidang 60 , dapatlah anda sehelai selendang yg tak berapa nak panjang.
Sebarang tudung, anak tudung, vail, kasut nikah, tiara, brooch , bungan tangan, kalung/rantai, sampin kami panggil aksesori nikah. Kalau anda malas nak pikir, ia boleh disewa dengan harga biasanya RM180 sahaja as a pakage. Bergantung jugak pada butik yg anda pergi atau barang aksesori yg anda pilih. Kalau yg terfikir nak beli , sebenarnya kos aksesori nikah sangat tinggi dan memerlukan masa nak cari kat mana, nak matching kan semua. Sebagai contoh kos untuk beli vail sahaja RM200. memang lah hak anda boleh simpan terus tapi bila lagi anda nak pakai. Tak ada perempuan yang berangan nak kawin 2 kalinya. So kalau tanya saya , sewa lebih memudahkan.
Sebelum terlupa, untuk nikah, kalau ada pengantin2 yang teringin pakai korset, manalah tahu nak sorok spare tyre, beli korset yang paling friendly dengan badan anda. kat triumph ker...wacoal ker...beautiful ker...tak kesah lah yang penting selesa dipakai untuk beberapa jam.
Ok lah saya rasa hampir lengkap dah maklumat pasal baju nikah ni, Kalau ada yg kurang just type in jer dlm komen nanti saya updatekan. Walau apa pun pilihan baju anda, pastikan ia sesuai untuk majlis ini, sopan, menutup aurat, tidak terlalu nipis, pastikan berlining satin yg tebal sikit. Dan bertudung, terutama kalau nak masuk masjid. Hormat rumah Allah ya. Semoga Allah memberkati perkahwinan anda semua.
TQ & wassalam
Zaihassan