Its been so long tak log in .The only reason is , i lost my password during the phone update. Al maklum lah nak senang semua letak kat phone. Hari ni, after so many 'try an error' baru dapat yang betul. Saya telah termiss banyak event untuk di announce di Aqiza Bridal.
Sebelum terlupa, Aqiza bridal dan kakitangan yang terlibat ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak. Jangan lupa menghayati kesucian Ramadhan ini sepenuhnya. Semoga rezeki yang kita kejar ini diberkati Allah.
Sewa Baju Pengantin . Makeup . Studio Foto Laman Web : sewabajupengantin.com.my Email : pepixyh@gmail.com
Wedding is a journey of a lifetime..
"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini, ribuan terima kasih atas perhatian dan masa anda. Semoga apa yang terpapar di halaman ini dapat memberi manfaat dan panduan kepada kita semua. LOL"
Saturday, August 6, 2011
Monday, May 2, 2011
Baby fotoshoote
Baru-baru ini kami sempat mengadakan fotoshoote bersama model genit Puteri fahda Nur untuk proses penyediaan website baru. Ada 2 keping gambar untuk tontonan semua dan sesiapa yang berminat untuk mengadakan fotoshoote yang sama untuk versi yang sama boleh menghubungi kami. Susah juga nak shoote Danur ni sbb banyak bergerak. Walau bagaimanapun kerjasama yang diberikan sangat baik.
Thursday, March 31, 2011
Fotoshoot untuk cover majalah
Dah berapa hari tak update blog. banyak aktiviti going on lately. Antara yg terbaru adalah fotoshoot untuk cover majalah Raja Sehari bersama model Anzalna. dengan busana rekaan terkini Aqiza Bridal, bertempat di studio Aqiza dan dengan sentuhan mekap Zai Hassan. just a perfect moment.!!
Wednesday, March 16, 2011
Pelamin baru untuk Nadia & Rizal, Dewan Kelana Jaya
Pada 13 March bertempat di Dewan PKNS kelana Jaya, Nadia & Rizal selamat melangsung kan persandingan mereka dengan gilang Gemilang. Bertemakan warna grey dan putih, Pelamin 5 panel tersergam indah bersama gantungan kristal putih untuk setiap panel. Manakala majlis gold dan putih untuk hiasan dewan, segalanya teratur dan sempurna menanti hadirin yang datang. Tahniah kepada Pn. Kamalia sekeluarga yang bertungkus-lumus membuat persediaan dari awal.
Pelamin : Aqiza Bridal Boutique
Pasangan: Nadia & Rizal
Pelamin : Aqiza Bridal Boutique
Pasangan: Nadia & Rizal
Friday, March 11, 2011
Pelamin Bertunang Azira - majlis 12 March 2011
Pelamin mini yang ringkas dan comel untuk majlis pertunangan azira. Sentuhan warna -warna lembut dan kedutan di panel menaikkan seri pelamin. Selamat bertunang Azira. jangan lupa kirimkan gambar2 majlis untuk tatapan semua..
Thursday, March 10, 2011
Majalah Pesona Pengantin edisi April is in the market
Finally edisi April pesona pengantin dah keluar. Kepada yang belum beli lagi, ada 4 gambar baju Aqiza is in "hot Item". Setiap hari telefon berdering untuk bertanyakan keempat-empat baju favourite ini. 2 model diambil dari actual magazine. another 2 dari fotoshoot kami sendiri.
Fotoshoot Intan & Firdaus
Askm & salam sejahtera, Ahad lepas kami selesai menjalani fotoshoot bersama intan & suami tercinta . Alhamdulillah mereka bersanding lagi sekali di studio aqiza bersama sentuhan mekap zai hassan dan busana bewarna kelabu & songket hijau menjadi pilihan. Intan dan suami memang couple yang serasi dan pandai berposing. Kat sini ada beberapa keping gambar untuk tatapan semua. Check this out. Both of you guys memang kelass.
Model: Intan & Firdaus
Fotografer : Zaki
Solekan: Zai hassan
Lokasi : Studio Aqiza
Model: Intan & Firdaus
Fotografer : Zaki
Solekan: Zai hassan
Lokasi : Studio Aqiza
Saturday, March 5, 2011
Tudung pengantin terbaru -ilham Aqiza Bridal
Askm dan salam sejahtera. Finally saya sempat meluangkan masa memilih gambar2 shooting kami kelmarin untuk tatapan para pengantin yang sedang mencari-cari rekaan terkini tudung nikah dan bersanding. Kami hanya memaparkan tudung yang sudah siap dipasang. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut cara memakainya. Just drop me an email. zai@aqiza.com .Hampir semua gambar2 dibawah (kecuali yang bewarna coklat) menggunakan hanya anak tudung syria yang siap dijahit manik dan tampalan batu swaroski dan di balut dengan vail. Check this out.
Model: Zue
Lokasi : Studio Aqiza
Model: Zue
Lokasi : Studio Aqiza
Wednesday, March 2, 2011
Photoshoot bersama Zue
Alhamdulillah fotoshoot hari ini baru sahaja selesai bersama model kami zue. Nantikan gambar baju pengantin terbaru kami dan gaya tudung terkini yang bakal menjadi trend terbaru. Kepada semua pengantin bertudung yang inginkan kelainan , check the latest update blog ini. Apapun kepada yang tak sabar....sabar ya..sini ada sedikit "klue" tudung terbaru yang kami perkenalkan kepada seluruh pengantin Malaysia!!! Just the klue ya...hehehe..
Saturday, February 26, 2011
Kelas solekan peribadi-selesai dengan jayanya
Salam Sejahtera semua, baru sekejap tadi kelas solekan Aqiza selesai dengan jayanya. Banyak manfaat yang diperolehi termasuk bagaimana untuk bersolek dalam masa 20 minit. Semua peserta lulus test dan bangga dengan hasil solekan masing-masing. Diharapkan kami dapat mengadakan banyak -lagi kelas kelas begini di masa akan datang. Sijil penghargaan diberikan kepada semua peserta dan kami juga mendapat permintaan untuk mengadakan kelas mekap profesional. Insyaalah kita akan slotkan masa untuk berkongsi ilmu yang ada..Terima kasih atas sokongan anda. Special thanks to Nina, Mai, Siti, Jaja, Kat dan Ida.
Monday, February 21, 2011
Kelas Makeup Asas & Peribadi 26/2/11
Pengumuman penting,
Kami akan menjalankan satu bengkel kelas solekan peribadi. kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertainya. Berikut adalah maklumat terperinci. Ramai yang telah mendaftar , dapatkan tempat anda sekarang.
Tarikh : 26/2/11 Sabtu
Masa : 10.30pg - 1.30 tghari
Pendaftaran : RM100 only
Peralatan Asas disediakan: Sila bawa sebarang alatan mekap anda yang sedia ada.
Sijil & sarapan pagi disediakan.
Kami akan menjalankan satu bengkel kelas solekan peribadi. kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertainya. Berikut adalah maklumat terperinci. Ramai yang telah mendaftar , dapatkan tempat anda sekarang.
Tarikh : 26/2/11 Sabtu
Masa : 10.30pg - 1.30 tghari
Pendaftaran : RM100 only
Peralatan Asas disediakan: Sila bawa sebarang alatan mekap anda yang sedia ada.
Sijil & sarapan pagi disediakan.
Sunday, February 20, 2011
Photoshoot terbaru - Pesona Pengantin Edisi April 2011
Assalamualaikum semua, semalam adalah hari yang sibuk dari pagi sampai ke malam. Apa yang paling mengembirakan saya adalah photoshoot 4 pasang baju terbaru kami untuk majalah Pesona Pengantin edisi April 2011. Thankyou to Haryanti, reporter yang sporting kerana berjaya mengatur temujanji dengan model pilihan saya Anzalna. Orangnya kecil molek tapi sangat kelas. Semua shoot is perfect. Tunggulah keluaran edisi April nanti. Biasanya 15 of the months dah ada di market.Tak sabar rasanya. Untuk pre-tatapan follower blog yang turut sama tak sabar nak tengok gambar, kat sini saya ada sertakan beberapa keping shot dari hanphone sahaja. Tak berapa sharp tapi bolehlah tengok.
Thursday, February 17, 2011
Majlis bertunang Farah & Faruqi 15 Jan 11
Some contribution dari Farah & Faruqi. Majlis pertunangan mereka diadakan pada 15 Jan 2010. Tahniah...tunggu nikah pula ya...
Wati & Zack Bersanding di Studio
Semalam 16/2/11 Tarikh shooting untuk wati dan zack. Dengan tempahan pakej perkahwinan mereka serendah RM3k++ mereka dengan gembiranya menjalani shooting "bersanding semula di studio" dengan sentuhan profesional makeup artis Zai Hassan dan baju pilihan mereka, 2 pasang ,grey dan merah.(baju merah dalam process upload gambarnya.) Sangat berbaloi memandangkan semasa majlis perkahwinan sebenar mereka di Pantai Dalam pada 5/2/11 , hujan turun selebat-lebatnya sehingga pelamin bawah kemah mereka hampir terbang. Segala yang dirancang banyak terganggu termasuk malam berinai yang terpaksa dibatalkan. Nasib baiklah mereka couple yang cool dan tabah dan sangat bertuah kerana subscribe pakej Aqiza bridal yang memahami kehendak customer dengan menghadiahkan mereka pakej studio percuma. Ia ternyata akan memberi mereka satu kenangan yang sangat indah untuk dirakam walaupun bersanding di studio, yang penting koleksi gambar peribadi yang terbaik untuk di framekan sepanjang hanyat. Tahniah Wati & Zack daripada Team Aqiza Bridal. Semoga Mahligai korang berkekalan keakhir hayat.
Wednesday, February 9, 2011
Wedding Leena & Rick - Tahniah
Subscribe to:
Posts (Atom)