Wedding is a journey of a lifetime..

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini, ribuan terima kasih atas perhatian dan masa anda. Semoga apa yang terpapar di halaman ini dapat memberi manfaat dan panduan kepada kita semua. LOL"

Monday, December 20, 2010

Solekan yang lembut dan sempurna

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu ini saya ingin memperkenalkan solekan Aqiza yang semuladi dan kemas. Kepada semua customer yang pernah mendapat sentuhan mekap Aqiza Butik, tq very much. Bermula dari pengantin Dila & boy 2005 (Taman Kosas) hingga hari ini yang terbaru Ain & Safwan (Raub-Pahang) semalam(18 December 2010), saya sendiri sebagai mekap artis pun tak ingat berapa orang telah saya solekkan. Alhamdulillah ramai yang masih keep in touch dan setakat ini tidak pernah saya dengar komen negatif tentang solekan Aqiza. untuk yang baru mencari -cari mekap artis dan sekiranya anda rasa anda particular tentang mekap, bolehlah mencuba mekap kami. Yang terbaru kami ingin memperkenalkan mekap dinner serendah RM120.Tetapi kena datang mekap di kedai kami di cheras. Anyway, kat bawah ni ada beberapa potfolio mekap yang sempat saya ambil gambar. Tu pon pakai camera biasa aja...tapi semua gambar adalah original milik Aqiza dan tak diedit.

Normala Hanim

Yus Zaihar
Sal Tariq


Nadia Fino, mekap bertunang


Friday, December 10, 2010

Selamat pengantin Baru Zulaiha & Hanif Flaminggo Hotel 12 Nov 2010

Pada 12 November 2010 satu majlis resepsi yang cukup meriah telah diadakan di Flaminggo Hotel Ampang sempena meraikan pengantin baru kami iaitu Zulaiha & pasangannya Hanif. Dengan mengenakan gaun moden berwarna merah dan solekan yang lembut , Zulaiha diraikan dengan penuh kegembiraan.



Semoga berbahagia dan berkekalan keakhir hayat.

Thursday, December 9, 2010

Pelancaran Cawangan terbaru Aqiza Bridal Boutique & Studio

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Kepada semua bakal pengantin & blogger yang budiman terima kasih kerana memasuki laman Aqizabridal. Kami dengan berbesar hati ingin membuat pengumuman bahawa pada 4 December 2010 sempena hari lahir puteri sulung kami iaitu Puteri Fahda Nur(3tahun) , Aqiza Bridal Boutique & Studio telah dibuka dengan rasminya.  Setelah lebih sebulan persediaan dilakukan untuk menghadapi tarikh ini, segala penat lelah dan keringat dicurahkan untuk melengkapkannya, akhirnya kami berjaya merealisasikan impian butik perkahwinan dan Studio foto dibawah satu bumbung. Setinggi-tinggi penghargaan di tujukan kepada CEO kami En Mohamad Zakhi bin Abu Bakar atas segala idea dan cabaran yang dilalui. Juga kepada semua staff  Aqiza Butik yang rajin bekerja & tidak berkira waktu.

Alamat Cawangan Terbaru (HQ) :
AQIZA BRIDAL BOUTIQUE & STUDIO
49-1 & 49-2 Jalan Danau Lumayan 1 off Jalan Tasik Permaisuri,
Pusat Perniagaan Danau Lumayan, Bandar Tun Razak 56000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-91717677 Fax: 03-91717877 HP:0163331153 Zai
email: zai@aqiza.com
http://www.aqiza.com/
Business Hr : 10.00am - 7.pm Dibuka setiap hari kecuali Isnin

Alhamdulillah sambutan yang diterima pada hari pertama amat diluar jangkaan. Kami menerima kunjungan yang tidak putus-putus dari bakal pengantin yang telah mengikuti perkembangan kami sejak diiklankan sepenuhnya dalam Majalah Pesona Pengantin semenjak edisi November 2010. Apa yang paling menarik perhatian bakal pengantin adalah promosi pakej studio foto percuma yang terdiri dari solekan, baju2 pengantin, sessi penggambaran dan gambar. Promosi yang "tidak mungkin dilepaskan" ini hanya untuk sebarang tempahan pakej yang dibuat pada tarikh 4 December 2010 untuk wedding sepanjang 2011. Setakat ini kami telah menerima tempahan sehingga December 2011. Walau bagaimanapun diatas permintaan ramai promosi ini bakal dilanjutkan sehingga akhir bulan December 2010. Layak untuk tempahan pakej perkahwinan bermula dua ribu keatas. Rebutlah peluang ini sementara masih dibuka.


Selain itu kami ingin mengetengahkan konsep rekaan terbaru yang bersifat gaun moden muslimah. Boleh dipakai untuk sebarang majlis bersesuaian samaada anda bertudung atau tidak. 95% baju -baju pengantin yang terdapat di sini adalah sentuhan daripada fashion designer kami Zai Hassan. 

Berani mencuba? Jika bukan untuk majlis resepsi boleh di pakai untuk studio foto.